HOME JADI PENGEDAR SHAKLEE RESEPI CONTACT

Wednesday, May 24, 2017

Resepi Tiramisu yang Mudah dan Sedap!


Assalamualaikum and hai!

Mimi rasa macam dah lama je tak share resepi kan? cewah padahal ada berapa je yang sempat share dalam blog nih. Biasa mimi share kat fb je kalau ada kawan- kawan yang pm minta resepi. So, senang kalau ada yang minta lagi, kita suruh je tengok kat fb, tapi masalahnya susah pulak nak cari bila tak buat album, jadi, mimi share kat blog je lebih mudah nak cari kan? :)

Tiramisu nih serius sangatlah simple mimi dah buat banyak kali, family memang suka selalu licin cepat je, siapa lambat habislah jawapan dia :P

Untuk resepi tiramisu nih, bahan dia pun simple je dan mudah nak cari. Bila buat sendiri boleh makan puas- puas sebab banyak dan of course lagi murah kan hehe... mimi dah try guna ladyfingers dengan chiffon cake tapi personally, mimi lagi suka guna ladyfingers sebabnya mudah nak sediakan dan rasa dia pun lembut bila dah siap tau.

Bahan- bahan untuk buat TIRAMISU sedap:




  • 250ml cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula
  • Air kopi/nescafe (bancuh dengan air sikit letak dalam mangkuk)
  • Serbuk coklat 
  • Chiffon cake/ biskut ladyfingers (boleh juga guna biskut marie)

Cara- cara buat tiramisu yang teramat mudah di abad ini:



First, mix cream cheese, whipping cream dan gula. Boleh guna mixer untuk kesenangan diri atau guna manual juga bisa! Guna speed rendah je dulu tau, agak- agak dah sebati tu baru kuatkan speed sampai dah pekat, kira dah okay la tu :)





Pekat macam ni dah okay la tu




untuk chiffon cake nih, boleh potong- potong jadi keping macam nih supaya senang nak guna nanti



Kek yang dah potong tadi tu celup dalam bancuhan kopi dan letak dalam bekas yang sesuai. kalau guna biskut ladyfingers pun sama tapi lagi mudah sebab tak perlu potong macam kek. Dan mimi pilih untuk letak dalam bekas yang bentuk petak, so senang nak susun. Letak bagi rapat okay, baru nanti nampak layer :)




Lepas tu, boleh sapu cream yang kita dah putar tadi, sapu sampai tutup kek/ladyfingers tu, nak lagi cantik boleh guna piping bag.



Tapis serbuk coklat atas krim tadi, buat nipis- nipis je.
Ulang step dari letak ladyfingers/kek yang dicelup dalam bancuhan kopi, letak krim dan serbuk coklat tu sampailah habis dan penuh bekas.



 Taraaaaa... dah siap! Senang kan nak buat tiramisu nih? Bolehla dapat banyak nih, boleh makan puas- puas. Letak dalam peti ais, makan sejuk- sejuk sambil tengok tv amboiiii sangat asyik dia hehe... Mimi buat comot sikit hehe tapi serius sedap nih, rugi kalau tak cuba tau (wah confident naaa)

Dapppp, dah cuba jangan lupa share kat mimi ya, harap dapat membantu sesiapa yang teringin nak buat homemade tiramisu :)

Tuesday, May 16, 2017

Le Boss Sungai Petani : #foodreview

Hai assalamualaikum, lamanya tak update blog kesayangan nih. inshaAllah lepas nih nak rajin- rajin update, doakan tau! hembus sikit biar rajin update selalu hehe

Kalau nak tau mimi suka try makan kat banyak tempat baru atau tempat yang orang kata best atau saja ternampak lepastu rasa nak cuba (cakap jela suka makan), tapi bila terfikir nak review dekat blog, memang hasrat tu terus lupa bila mana sampai je makanan terus lupa segalanya. Fokus makan jelah kan, hehe

okay, back to main topic, mimi nak review 1 restoran western kat Sungai Petani, rasanya orang Sungai Petani mesti dah familiar dengan tempat nih kan? Nama restorannya ialah Le Boss Cafe, yang mana mimi pernah makan 2 kali dah pun tapi baru nak buat review :)

Gambar depan restoran dengan menu lupa nak ambik, so boleh google je atau nak mudah, tengok kat Facebook Le Boss.

first time mimi masuk cafe nih rasa cozy je tau, dia ala- ala suram tapi macam - macam jenis lampu ada, so ala- ala romantik pun ada jugak. Dalam kedai nih ada banyak sangat hiasan sampai mimi sebenarnya tak pasti apa konsepnya, tapi yang pasti memang selesa sebab jarak antara meja pun jauh- jauh.

okay jom layan gambar dulu :)





  



nih Chicken Gordon Bleu yang mimi order masa first time datang, yang nih okay rasa dia tapi cannot go sebab besar sangat kot? haha



Yang nih tak ingat nama apa, tapi ala- ala Lemon Grill Chicken gitu, sedap! sos lemon dia just nice I like! Oh ya kita boleh pilih 3 side dish time ni sebab happy hour kalau tak silap, so mimi pilih macaroni cheese, coleslaw and salad. Suka sangat coleslaw and salad tu!




Ini pulak Lasagna kawan mimi, I think nih bukan main dish so tak boleh pilih side dish lah, ada salad saja.



Lagi 1, Chicken Chop yang mimi rasa okay rangup di luar dan kuah pun okay. Paling mimi suka, side dish kawan mimi pilih nih haaa, kentang putar. Sedap! Tak keterlaluan kalau nak kata kentang putar paling sedap mimi pernah makan hehe, lepas nih datang confirm nak pilih kentang putar as my side dish :)



                 

Disebabkan time tu happy hour, air dapat segedabak nih haaa, harga biasa tapi size Extra Large. Lagi besar dari saiz mukaku hehe, memang jenuh nak habiskan air nih.






Overall, bagi mimi best tempat nih untuk lepak lama- lama pun boleh, selesa dan sedap. Waiter pun okay je so far senyum dan layan je tanya apa pun. Portion makanan dia quite big lah untuk mimi, tapi kalau datang sini tak makan makanan berat lagi, okay je boleh habiskan makan slow- slow. Cuma nak datang selalu tuh memang taklah sebab harga boleh tahan jugak. sekali- sekala okay lah.


Le Boss Cafe nih sesuai untuk family dan gathering jugak, ada free wi-fi but no smoking okay?


Kalau nak pergi boleh ambil alamat nih, inshaAllah mudah je nak jumpa, dekat dengan Tesco Utara Sungai Petani ke Tesco Sungai Petani Utara? hehe


Alamat: 201 & 202 Jalan Lagenda Height, Lagenda Height, 08000 Sungai Petani

Apa yang pasti, balik je terusku telan Omega Guard dan Alfalfa Shaklee untuk pastikan lemak tidak diternak dengan jayanya hehe

Sekian dulu, nanti mimi share lagi okay

Assalamualaikum :)

Friday, October 28, 2016

Resepi ESP Shaklee dan cara minum yang betul

Assalamualaikum :)

Nak tahu tak ESP Shaklee ialah produk ON DEMAND and HOT SELLING Mimi every month tau, tak kira lah ada promosi ataupun tak. Sesiapa yang dah cuba ESP nih confirm jatuh cinta dah kan? hehe

Semua peringkat umur boleh ambil ESP tapi not recommended for those below 12 years old. ESP sesuai untuk yang nak cantik, maintain badan, slimming, ibu hamil, menyusu, berpantang, yang ada gastrik, lelaki, perempuan... eh eh semualah kiranya :)





APA KELEBIHAN DAN MANFAAT ESP?

1. Membantu menghilangkan PARUT JERAWAT
2. Membantu menjadikan kulit lebih berseri, menganjalkan kulit dan awet muda. 
3. Memberi rasa kenyang, sesuai untuk yang nak KURUS & maintain badan
4. Membekalkan TENAGA berpanjangan
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan
6. Mengelakkan tulang rapuh
7. Untuk kecantikan kulit dan RAMBUT
8. Memudarkan parut
9. Memberi tona kulit yang CERAH SEKATA
10. Rendah lemak, tanpa kolesterol
11. Diproses pada suhu rendah untuk menjaga kualiti protein
12. Mempercepat PEMULIHAN LUKA selepas pembedahan 
13. Membantu pembentukan sel- sel baru
14. Bertindak sebagai antioksidan
15. Membantu mengurangkan risiko KANSER
16. Mempertingkatkan tahap KOLESTEROL BAIK
17. Memelihara kesihatan jantung
18. Membantu mengurangkan GASTRIK
19. Menghilangkan JERAGAT
20. Membaiki masalah RAMBUT GUGUR dan beruban
21. Baik untuk hormon kerana kacang soya kaya dengan isoflavones
22. Mencegah osteoporosis
23. Sesuai untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusu yang mahu menurunkan berat badan
24. Milk booster, memekat dan membanyakkan SUSU IBU


Best kan ESP nih, banyak sangat khasiat sebab tu hot demand dan kita panggil dia, ALL IN ONE supplement!


Ada yang cakap nak try ESP tapi tak minum soya, takut tak boleh terima. ESP nih dari protein soya dan berperisa vanila, lain tau dari soya biasa. Dan ramai customer Mimi yang tak minum susu dan tak minum soya tapi sangat suka rasa ESP, sedap katanya! Jangan risau Mimi akan share cara nak buat bagi sedap. Mula- mula customers Mimi nih nak cuba je dulu, sekali terus suka rasa dan of course khasiat ESP selepas tu :)

Buat yang tak tau, ESP nih dalam bentuk serbuk tau so kena bancuh shake shake gittew. Ramai yang bertanya Mimi, macam mana nak bancuh dan minum ESP dengan betul dan berkesan?

Macam mana nak buat resepi ESP bagi sedap?

Haa meh nak cite sikit resepi ESP yang sedap yang selaluuuu Mimi buat.


 
ESP + fresh milk 

Paling favourite tambah- tambah lagi dengan susu Farm Fresh, sedap sangat!  


ESP + Strawberry Flavoured Milk
Sedap, fresh dan bertenaga! yeay hehe 


ESP + yogurt drink
Yang nih pun best jugak, rasa masam- masam gitu. Bagi Mimi perisa haruslah strawberi #peminatstrawberi


ESP + Milo
Letak ice cube wah wah sedap sangat! Tapi jangan letak air panas tau

ESP + Peel Fresh (orange)
Sekali - sekala minum dengan peel fresh nih, tambah ESP, memang rasa lebih sedap! 


ESP Overnight Oat

Cara buat ESP Overnight Oat:

Masukkan oat, ESP, susu segar, kismis, madu, buah- buahan yang sesuai... lepas tu simpan dalam peti ais semalaman. Then, esok pagi tu makan, sedap sangat- sangat silalah cuba :)


Smoothies ESP Strawberry
Resepi Smoothies ESP Strawberry:

Blend susu segar 300 ml, strawberry 1-2 cawan, 2 sudu ESP, ice cubes = wah sedap sangat, kalau suka manis boleh tambah madu atau gula sikit, Mimi suka masam- masam manis strawberry so tak letak.

Dan selain resepi ESP yang Mimi kongsikan, Mimi selalu jugak minum plain je, means campur ESP dengan air kosong dan letak ice cubes. Caranya campur 2 sudu ESP dengan 250 ml air kosong, letak ice cubes then shake shake boleh minum dah, mudah kan :)


Koleksi Resepi ESP (selain yang Mimi share di atas)

  • ESP + air suam
  • ESP + fresh milk + kurma (blend)
  • ESP + susu Anmum
  • ESP + performance drink Shaklee + mealshake Shaklee
  • ESP + jus tropicana twister
  • ESP + any fruit juice (contoh: tembikai, carrot, apple)
  • ESP + ribena
  • ESP + susu coklat
  • ESP + horlicks
  • ESP + vico
  • ESP + tamar cocoa
  • ESP + oat + madu + kurma + air (blend)
banyak lagi, nih cuma cadangan tau... boleh minum dengan minuman favourite kecuali kopi atau teh ya


CADANGAN SUKATAN ESP SHAKLEE

Boleh buat 1 atau 2 sudu ESP, yang penting jangan lebih 3 sudu sehari. 
Kalau ambil 1 sudu setiap kali, boleh ambil 3 kali sehari
Kalau ambil 2 sudu time pagi, lagi sekali boleh ambil 1 sudu ya :)
Atau ambil 3 sudu terus time pagi tu

Mimi biasanya akan ambil 2 sudu ESP sebelum breakfast, so memang akan rasa lebih kenyang dan bertenaga. Lagi 1 sudu mimi ambil sebelum dinner je.

Kalau ambil sehari 1 sudu, setong ESP boleh tahan 2.5 - 3 bulan


TIPS MINUM ESP SHAKLEE

  • Sehari jangan ambil lebih dari 3 sudu ESP
  • Campurkan ESP dengan minuman favourite, lagi sedap tambah ice cube
  • Boleh bancuh suam atau sejuk, jangan guna air panas nanti enzyme tak dapat buat kerja dia, so tiada khasiat lah.
  • Guna shaker atau bekas untuk shake ESP, shake it well jangan bagi berketul
  • Letak air/ minuman favourite dulu baru letak ESP untuk pastikan semua serbuk ESP di-shake tanpa melekat di shaker
  • Jangan campur kafein, air kelapa, dan air gas. Elakkan minum minuman kafein dan gas bila minum ESP atau jarakkan masa minum.

Mimi memang suka sangat minum ESP pagi- pagi sebelum breakfast, rasa lebih bertenaga dan kenyang lebih lama. Nak buat pun sekejap sangat, mudah tak ambil masa lama. 2 minit je masa yang diperlukan tau. Recommended untuk surirumah, student, orang yang bekerja, tak kisah lelaki atau perempuan. sila minum anda akan rasa lebih bertenaga dan tidaklah melepek kepenatan semasa bekerja hehe :)

Next time, inshaAllah Mimi akan share cara buat masker ESP pulak. mudah dan jimat, yang penting muka lebih halus mulus cerah dan kurang berminyak, best kan ?

Sampai sini dulu, jangan lupa cuba resepi ESP nih dan pada yang belum cuba tu, silalah cuba memang best effect dan khasiat ESP nih, nak beli boleh contact Mimi seperti details di bawah ya :)

Assalamualaikum
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI