HOME DAFTAR AHLI SHAKLEE BISNES SHAKLEE CONTACT

Monday, August 27, 2012

Lesen #1

Assalamualaikum semua :)

sihat ke tak sihat? saya, suara lain macam je... serak tak serak. mungkin sebab pagi tadi ada Qti test. ada kena mengena tak? haha. semalam pulak asyik sakit kepala, sampai risau tak boleh tidur, akhirnya pukul berapa entah tertido. tok cakap sakit kepala sebab nak test ke? ahaha ada2 jela tok ni. sekarang duk rumah tok (kampung mama ) sebab tempat lesen tu dekat dengan rumah tok. senang nak pergi.


kalau sesapa tak tau, Qti test ni test before test dengan jpj. saya ambil lesen kereta. so, Qti test for kereta lah. kena lulus bukit, parking, 3 penjuru and jalanraya... baru boleh ambil test dengan jpj. then dapat P, and yeay!


hmm

pergi pagi tadi 7.30 pagi, haa pagi gila kot! buat pre- test dulu dalam sejam setengah. mula2 practise buat bukit ok je... lama2 asyik undur la mati enjin la. cuak dah cuak! nasib masa test, lepas! Alhamdulillah.


dalam 9 lebih macam tu, dapat kad nombor 3. waktu tu cuak gila... takut tak lepas, kena ulang lagi. waktu tengah tunggu turn, tetiba hujan... bukan renyai2 tapi lebat! haaa sudah! dalam hati berdoa- doa semoga hujan reda time kena nanti. orang sebelah cakap cikgu yg mark waktu test tu garang. amboi... lagi cuak diri ini. banyak betul cabaran -.-'


sibuk cuak sorang2, dia panggil... ''nom 3 mana nom 3?" haa pergi la redah hujan masuk kereta. time tu hujan renyai2 je. Alhamdulillah... penguji tu suruh buat jalanraya dulu. tak pasal2 kena on wiper time test. sebelum ni practise kan tak pernah hujan.


time on the road tu ok je punguji tu sembang2 tanya anak navy ke duk mana bla bla... saya belajar 3 laluan. nak pergi semua laluan kena lalu roundbout dulu. tadi dia cuma suruh lalu roundbout pastu patah balik je... hehe :) tapi... bila nak jalan kat roundbout selepas berhenti, tersilap. tak tukar gear1. hai, dalam hati tuhan je tau, asyik cakap mesti tak lulus ni :(


dah sampai tempat lesen, baru test bukit pulak. lulus! 3 penjuru lulus! parking lulus! dia suruh park kereta and datang ambil borang kat dia. dalam hati takut sebab tak tau jalanraya lulus ke tak. dah uruskan dekat kaunter semua,,, baru tau lulus jalan raya. Alhamdulillah.


lepas ni, jpj test pulak... mintak2 boleh la lepas. takut tak sempat je sebab 9/9 dah nak balik usm hmm... katanya next jpj test bulan 9. hope sempat la...


sebenarnya, banyakkkk sangat cerita yg nak dikongsikan masa ambil lesen kat sini. serius macam2 pengalaman. mungkin, nanti2 boleh diceritakan... walaupun sikit je yg baca hehe

bye bye... have a good day :)
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI