HOME RESEPI CONTACT

Thursday, December 31, 2015

24 tahun

Alhamdulillah dipanjangkan umur oleh Allah untuk sampai ke umur 24 tahun. Tiada apa yang berubah, lagi meningkat umur kita, lagi dekat kita dengan kematian kan?

Terima kasih pada mama abah yang melahirkan dan membesarkan...Kalau takde mereka nih memang takdelah diri ni kat dunia. Nak ucap terima kasih satu- satu memang banyak sangat so, thanks for everything mama dan abah! Syukur Alhamdulillah atas segala yang Allah beri pada keluarga kita :)

So, untuk tahun ni, sambut birthday di rumah tok dengan budak kecik nih, kitorang panggil dia Umairah. Suka sangat nama tu, sedap kan? Kebetulan birthday kitorang sama tapi tahun tak samalah hihi... dia ni cucu kepada tok saudara. hari- hari datang main dengan kitorang dah macam rumah sendiri, Saiyangggg sangat lah kat budak nih haihh



Pada hari kejadian 29.12.2015, keluarga kitorang buat makan- makan sikit dan doa selamat. Masing- masing sumbang sikit makanan, mama buat laksam, kek coklat, maklang buat red velvet, saya buat puding triffle pastu makcik dengan maklang pun tolong, sedara lain buat bihun, lepat pisang, kuih, beli kek lagi, goreng kentang, nugget lepas tu apetah haha... haaa ada cikedis jugak untuk budak- budak tapi takde gambar pulak sebab tak sempat ambil. Gambar atas nih pun pinjam phone adik sebelum orang datang dan makanan siap hehe gambar orang lain tangkap malas nak mintak, hihi


Terima kasih untuk semua family yang buat makan- makan nih, yang datang, pastu jiran- jiran pun tq jugak ya. Terasa diriku tua disambut bersama dak kecik nih hehe, boleh tak nak jadi 2 tahun macam dia jugak? hehe


ok, till here... bye bye jumpa tahun depan korang ;)

p/s: makin tua rasa makin tak reti pulak nak menulis kat blog, apakah....

No comments:

Post a Comment

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI