HOME JADI PENGEDAR SHAKLEE RESEPI CONTACT SUPERSTAR FIGHTER

Thursday, August 10, 2017

My Shaklee Effect

Assalamualaikum semua, kali nih mimi nak share berkenaan one of my #shakleeeffect yang memang buat mimi jatuh cinta berkali- kali dengan produk Shaklee!

Salah satu sebab Mimi yakin nak jual supplement Shaklee nih ialah sebab effect yang Mimi dapat sendiri selepas amalkan. Kalau ikutkan, waktu mula consume Shaklee dulu bukan dapat effect kulit elok lagi, tapi awal tu suka sebab masalah tenaga dan penghadaman yang makin membaik, sebab tu yakin. 


Yelah, nak jual kat orang kan, mestilah benda yang berkualiti. tak naklah main jual je, tak ke mana kalau kejar untung saja.

So, nak share sikit hujung tahun lepas mimi dapat breakout lepas salah guna 1 jenis krim ni. habis naik jerawat kat pipi dan bila dah surut pun dia jenis naik balik kat tempat sama. huwaaaa geram sangat hilang tumbuh macam tu.

Ramai pulak bertanya, Mimi kenapa dengan muka tu? hmm




Gambar atas kiri tu kering pastu jerawat macam tak surut betul- betul, time muka betul- betul breakout malas ambik gambar haha... then bawah kanan tu getting better lah. Kulit pun nampak sihat kan? :)

Jadi start pada kena breakout tu, memang mimi consume supplement untuk kulit betul- betul, konsisten lah senang cakap. Air pun berusaha cukupkan setiap hari 8 gelas lebih. 

Alhamdulillah lepas tu kulit beransur baik bila dirawat dari luar dan dalam. Memang Shaklee bukan solution kalau awak nak kulit segera elok flawless, harini makan esok elok cun. Tapi Shaklee produk selamat yang diuji bertahun sebelum dikeluarkan, tiada bahan kimia berbahaya untuk mempercepatkan proses. So, kena sabar banyak dan konsisten ya?

Jadi, apa yang mimi ambil masa tu?




ESP - supplement yang mimi ambil setiap hari time breakfast, sayang sangat nak tinggal, sebab apa? ESP nih lah yang bertanggungjawab buat kulit makin halus, lembut, cerah sekata, pori yang besar makin mengecil dan paling best bila breakout tinggal parut degil, ESP nih membantu sangat untuk pudarkan!

KELEBIHAN ESP SHAKLEE

  • Kandungan protein dalam ESP yang tinggi dapat meransang penghasilan KOLAGEN dalam badan 
  • Menjadikan kulit CERAH, HALUS dan ANJAL
  • Menganjal dan menggebukan kulit
  • Mencerahkan kulit dengan sekata
  • Membantu menghilangkan parut jerawat
  • Meransang regenerasi kulit dan mengurangkan kedutan
  • Membantu menjadikan kulit lebih berseri
  • Menghilangkan jeragat








VITAMIN C - Bagi mimi Vitamin C Shaklee nih paling membantu mengecutkan jerawat dan sememangnya ia 1 supplement basic untuk skin yang semua orang perlu ada. Selain membantu mengecutkan jerawat, Vitamin C juga bertindak sebagai meransang penghasilan kolagen dan mengatasi masalah kulit berminyak tak kiralah berjerawat ke tak. Sesiapa yang ada masalah kulit berminyak tu mimi highly recommend sangat cuba Vitamin C Shaklee nih sebab mimi sendiri ada masalah tu dulu di kawasan T- zone tapi sekarang balance je, suka sangat! Jimat pulak tu sebotol tahan 6 bulan ishhhh berbaloi!

KELEBIHAN VITAMIN C SHAKLEE

  • Meransang pembentukan kolagen 
  • Membantu mengekalkan kulit yang awet muda 
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi 
  • Mengecilkan pori- pori muka 
  • Mencerahkan kulit secara sekata 
  • Merawat tona kulit tak sekata 
  • Mengurangkan pertumbuhan jerawat pasir 
  • Mengurangkan gejala kulit kusam 
  • Menjadikan kulit lebih anjal dan berseri- seri 
  • Kelihatan lebih muda dari usia sebenar 
  • Membantu mengecutkan jerawat 
  • Mengatasi masalah kulit berminyak 
  • Menjadikan kulit lebih lembut dan halus 
  • Mengurangkan kesan sunburn 
  • Mengurangkan kedutan dan tanda penuaan 
  • Menggantikan tisu yang rosak dan menyembuhkan luka 
  • Menjadikan kulit lebih gebu 
  • Membantu kulit sensitif seperti resdung dan ekzema





VITAMIN E - Mimi gelarkan Vitamin E nih sebagai penyelamat untuk parut degil, paling power bab parut. Selain boleh telan, malam- malam mimi buat masker Vitamin E juga, memang membantu sangat tau ditambah pulak dia bagi effect glowing semulajadi gituu hehe, Vitamin E Shaklee ada extract grape seed yang mana bagus untuk kesihatan selain untuk kecantikan tau. Terbaik!


KELEBIHAN VITAMIN E SHAKLEE

  • Membantu mengurangkan parut jerawat, jeragat dan stretchmark lepas bersalin
  • Melembabkan kulit, sesuai untuk yang berkulit kering dan bersisik
  • Pelembab muka secara semulajadi, tak perlu pakai krim pelembab dah!
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar UV
  • Menjadikan kulit bebas cela, flawless uolls!





GARLIC COMPLEX - Bila ada jerawat memang mimi wajibkan diri sendiri ambik Garlic Complex nih, apatah lagi bila kena breakout haritu. Konsisten makan sebab ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan antibakteria yang mana menjadi punca tumbuhnya jerawat. Kalau tengok cerita Korea diorang makan gitu je balut- balut dengan daun, daging lah apa. wow tak sanggupnya haha tapi salah satu sebab skin diorang cantik, makan garlic lah! Mimi faham semua mesti tak suka bau garlic kan? Jangan risau Shaklee buat tak bau garlic yang pure sebab ada letak sekali rosemary with spearmint flavour. serius tak bau busuk!


KELEBIHAN GARLIC COMPLEX SHAKLEE

  • Garlic bersifat antibakteria dan antifungus. 
  • Memiliki antioksidan yang tinggi. 
  • Bertindak sebagai antibiotik untuk melawan bakteria. 
  • Menguatkan sistem imun terhadap bakteria jerawat. 
  • Mengurangkan rasa sakit dan pedih akibat luka jerawat.




COLLAGEN POWDER - Kalau kesan supplement lain macam ETS, collagen powder Shaklee nih macam naik flight heheh, maknanya lajuuuu! Mimi ambik collagen nih bukan hari- hari tapi selang dengan Vitamin C & Vitamin E. Kalau harini ambik collagen, tak ambikla Vitamin C & Vitamin E, haa gitu. Kalau sesiapa yang nak kesan cepat sikit boleh cuba collagen, inshaAllah terbaik juga nih :)


KELEBIHAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

  • memperbaiki tekstur kulit wajah
  • menghilangkan kedutan
  • melembabkan kulit
  • melindungi kulit dari radikal bebas
  • melicin dan melembutkan kulit
  • menegangkan payu dara dan punggung
  • mengurangkan pigmentasi jeragat
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • mengurangkan parut degil & parut berlubang
  • memelihara sendi
  • mengecutkan jerawat
  • menguatkan otot dan tulang
  • menyokong baik pulih otot dari kecederaan otot dan tulang
  • memastikan otak sentiasa sihat
  • menyuburkan pertumbuhan rambut, tidak mudah gugur

Okay semua yang mimi share tadi untuk dalaman dan bukan semua mimi ambil serentak setiap hari, ada yang stop bila jerawat dah surut. Untuk luaran pulak time tu hanya guna





GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER & GENTLE ACTION MAKEUP REMOVER FROM NUTRIWHITE - 2 nih je pakai masa awal tu, makeup remover untuk buang segala kotoran even tak makeup dan cleanser untuk mencuci muka. Penting sangat pastikan muka kita bersih, pastu jangan duk gatal pegang muka kalau tangan tu tak basuh, no no okay?


Inilah cara mimi atasi masalah breakout akibat salah pakai skincare haritu, semestinya cara makan pun memainkan peranan jugak, dan Alhamdulillah kulit beransur pulih. Sekarang nih, hanya jerawat timbul 1 biji gitu je kadang- kadang which is normal. ngeri betul bila fikir breakout dulu hehe


So, here is #myshakleeeffect, actually one of my shaklee effect sebab ada banyak lagi kebaikan mimi dapat dengan Shaklee nih. Nanti mimi share lagi okay :)


One of the reason why I love Shaklee

LIVE WELL BE WELL

Gituuu hehe

Have a nice day!


Nak beli Shaklee whatsapp untuk cepat respons ya hehe

Wednesday, May 24, 2017

Resepi Tiramisu yang Mudah dan Sedap!


Assalamualaikum and hai!

Mimi rasa macam dah lama je tak share resepi kan? cewah padahal ada berapa je yang sempat share dalam blog nih. Biasa mimi share kat fb je kalau ada kawan- kawan yang pm minta resepi. So, senang kalau ada yang minta lagi, kita suruh je tengok kat fb, tapi masalahnya susah pulak nak cari bila tak buat album, jadi, mimi share kat blog je lebih mudah nak cari kan? :)

Tiramisu nih serius sangatlah simple mimi dah buat banyak kali, family memang suka selalu licin cepat je, siapa lambat habislah jawapan dia :P

Untuk resepi tiramisu nih, bahan dia pun simple je dan mudah nak cari. Bila buat sendiri boleh makan puas- puas sebab banyak dan of course lagi murah kan hehe... mimi dah try guna ladyfingers dengan chiffon cake tapi personally, mimi lagi suka guna ladyfingers sebabnya mudah nak sediakan dan rasa dia pun lembut bila dah siap tau.

Bahan- bahan untuk buat TIRAMISU sedap:




  • 250ml cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula
  • Air kopi/nescafe (bancuh dengan air sikit letak dalam mangkuk)
  • Serbuk coklat 
  • Chiffon cake/ biskut ladyfingers (boleh juga guna biskut marie)

Cara- cara buat tiramisu yang teramat mudah di abad ini:



First, mix cream cheese, whipping cream dan gula. Boleh guna mixer untuk kesenangan diri atau guna manual juga bisa! Guna speed rendah je dulu tau, agak- agak dah sebati tu baru kuatkan speed sampai dah pekat, kira dah okay la tu :)





Pekat macam ni dah okay la tu




untuk chiffon cake nih, boleh potong- potong jadi keping macam nih supaya senang nak guna nanti



Kek yang dah potong tadi tu celup dalam bancuhan kopi dan letak dalam bekas yang sesuai. kalau guna biskut ladyfingers pun sama tapi lagi mudah sebab tak perlu potong macam kek. Dan mimi pilih untuk letak dalam bekas yang bentuk petak, so senang nak susun. Letak bagi rapat okay, baru nanti nampak layer :)




Lepas tu, boleh sapu cream yang kita dah putar tadi, sapu sampai tutup kek/ladyfingers tu, nak lagi cantik boleh guna piping bag.



Tapis serbuk coklat atas krim tadi, buat nipis- nipis je.
Ulang step dari letak ladyfingers/kek yang dicelup dalam bancuhan kopi, letak krim dan serbuk coklat tu sampailah habis dan penuh bekas.



 Taraaaaa... dah siap! Senang kan nak buat tiramisu nih? Bolehla dapat banyak nih, boleh makan puas- puas. Letak dalam peti ais, makan sejuk- sejuk sambil tengok tv amboiiii sangat asyik dia hehe... Mimi buat comot sikit hehe tapi serius sedap nih, rugi kalau tak cuba tau (wah confident naaa)

Dapppp, dah cuba jangan lupa share kat mimi ya, harap dapat membantu sesiapa yang teringin nak buat homemade tiramisu :)

Tuesday, May 16, 2017

Le Boss Sungai Petani : #foodreview

Hai assalamualaikum, lamanya tak update blog kesayangan nih. inshaAllah lepas nih nak rajin- rajin update, doakan tau! hembus sikit biar rajin update selalu hehe

Kalau nak tau mimi suka try makan kat banyak tempat baru atau tempat yang orang kata best atau saja ternampak lepastu rasa nak cuba (cakap jela suka makan), tapi bila terfikir nak review dekat blog, memang hasrat tu terus lupa bila mana sampai je makanan terus lupa segalanya. Fokus makan jelah kan, hehe

okay, back to main topic, mimi nak review 1 restoran western kat Sungai Petani, rasanya orang Sungai Petani mesti dah familiar dengan tempat nih kan? Nama restorannya ialah Le Boss Cafe, yang mana mimi pernah makan 2 kali dah pun tapi baru nak buat review :)

Gambar depan restoran dengan menu lupa nak ambik, so boleh google je atau nak mudah, tengok kat Facebook Le Boss.

first time mimi masuk cafe nih rasa cozy je tau, dia ala- ala suram tapi macam - macam jenis lampu ada, so ala- ala romantik pun ada jugak. Dalam kedai nih ada banyak sangat hiasan sampai mimi sebenarnya tak pasti apa konsepnya, tapi yang pasti memang selesa sebab jarak antara meja pun jauh- jauh.

okay jom layan gambar dulu :)





  



nih Chicken Gordon Bleu yang mimi order masa first time datang, yang nih okay rasa dia tapi cannot go sebab besar sangat kot? haha



Yang nih tak ingat nama apa, tapi ala- ala Lemon Grill Chicken gitu, sedap! sos lemon dia just nice I like! Oh ya kita boleh pilih 3 side dish time ni sebab happy hour kalau tak silap, so mimi pilih macaroni cheese, coleslaw and salad. Suka sangat coleslaw and salad tu!




Ini pulak Lasagna kawan mimi, I think nih bukan main dish so tak boleh pilih side dish lah, ada salad saja.



Lagi 1, Chicken Chop yang mimi rasa okay rangup di luar dan kuah pun okay. Paling mimi suka, side dish kawan mimi pilih nih haaa, kentang putar. Sedap! Tak keterlaluan kalau nak kata kentang putar paling sedap mimi pernah makan hehe, lepas nih datang confirm nak pilih kentang putar as my side dish :)



                 

Disebabkan time tu happy hour, air dapat segedabak nih haaa, harga biasa tapi size Extra Large. Lagi besar dari saiz mukaku hehe, memang jenuh nak habiskan air nih.






Overall, bagi mimi best tempat nih untuk lepak lama- lama pun boleh, selesa dan sedap. Waiter pun okay je so far senyum dan layan je tanya apa pun. Portion makanan dia quite big lah untuk mimi, tapi kalau datang sini tak makan makanan berat lagi, okay je boleh habiskan makan slow- slow. Cuma nak datang selalu tuh memang taklah sebab harga boleh tahan jugak. sekali- sekala okay lah.


Le Boss Cafe nih sesuai untuk family dan gathering jugak, ada free wi-fi but no smoking okay?


Kalau nak pergi boleh ambil alamat nih, inshaAllah mudah je nak jumpa, dekat dengan Tesco Utara Sungai Petani ke Tesco Sungai Petani Utara? hehe


Alamat: 201 & 202 Jalan Lagenda Height, Lagenda Height, 08000 Sungai Petani

Apa yang pasti, balik je terusku telan Omega Guard dan Alfalfa Shaklee untuk pastikan lemak tidak diternak dengan jayanya hehe

Sekian dulu, nanti mimi share lagi okay

Assalamualaikum :)
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI