HOME JADI PENGEDAR SHAKLEE RESEPI CONTACT

Saturday, August 29, 2015

Set Kurus Shaklee, Turun 4kg Dalam Masa Sebulan

Assalamualaikum, seperti yang Mimi cakap dalam post sebelum ni, nak update mengenai set kurus Shaklee yang diambil time berpuasa tu kan? Haa Mimi consume set ni selama sebulan time berpuasa, takde diet teruk dan bersenam memang jauh sekali waktu puasa ibarat jauh panggang dari api haha

Tapi yang penting kekal bertenaga untuk buat tugasan harian dan beribadah waktu siang berpuasa tu. Ada yang jenis ambil kesempatan nak berdiet time puasa sampai makan sikit, nutrisi tak cukup, lepas tu lembik aje tak boleh nak buat kerja. Rugi kan?

Lagi teruk kalau dah berjaya turun berat tapi time Raya makan tak hingat punya dah naik balik berat badan tu ha. Dengan Set Kurus Shaklee yang Mimi amalkan ni Alhamdulillah sampai sekarang pun masih maintain berat walaupun asyiklah makan lemang dan rendang haritu. tak dilupa makan kuih raya bawak sebalang time tengok tv hihi



Ok, inilah dia set yang buat iolls turun berat sebanyak 4 kg tu, jeng jeng jeng! Bagi Mimi besar jumlahnya 4 kg sebab diri ni jenis metabolisme rendah, susah nak turun berat tapi senang gila nak naik, sadis kan? Dahla rendah je diri ni tak tinggi mana jadi takleh gemuk :'( Makanya di sinilah perlunya suppliment untuk membantu turunkan berat badan.

Untuk sahur Mimi ambil Cinch Shake dengan amount tertentu dan kurma sebelum makan nasi segenggam. Lepas tu minum air segelas dah cukup. Pilihan flavour Mimi mestilah Coklat! Selain Coklat ada perisa Vanila dan Cafe Latte.

Cinch Shake ni boleh juga dijadikan meal replacement, tapi Mimi tak biasakan diri bergantung kepada suppliment dan tak ambil real food. Yang utama sekali, diri ini memang jenis tak boleh tinggal nasi haha anak melayu sejati! Resah bila tak ambil nasi tau tak...

Tapi jangan risau, bila ambil Cinch Shake ni dia mengawal nafsu makan kita dan memberi rasa lebih kenyang, sebab tu selalu makan tak sampai segenggam pun nasi, ada la dalam 3- 4 suap, asalkan makan nasi I am a happy girl! Segenggam tu sebab ikut saranan Kevin Zahri. Bukan salah nasi kita gemuk, tapi salah kuantiti nasi yang kita ambil, kena faham tu!

Then, berbuka biasanya tak ambil Cinch Shake sebab time berpuasa haritu tolong family berniaga kat Bazaar Ramadhan jadi tak sempat nak bancuh, lepas asar dah pergi bazar. Jadi minum air teh bunga je berbuka hehe awak yang ada ESP atau Cinch Shake tu time buka puasa ambil ni dulu tau barulah tak makan nasi tambah 2 pinggan! hihi

Alfalfa dan Lecithin pulak ambil selepas sahur dan berbuka puasa. Lecithin ni mengemulsi dan memecahkan lemak kita. Dia menghalang lemak dan kolesterol dari melekat di dinding arteri dan block sistem kardiovaskular. Kemudian, lemak yang tak diperlukan di flush out oleh Alfalfa dari tubuh kita.

Alfalfa ni membantu proses detoks, membuang toksin dan melawaskan. Angin pun dibuang tau, siapa yang banyak angin ke perut buncit ke boleh ambil Alfalfa sebab angin ni lah yang buat perut kita buncit.  

Seminggu 2 kali pulak, Mimi ambil Herblax pulak untuk cuci usus dan buang sisa- sisa di usus yang berkerak dan tak diperlukan tu. Memang ringan badan rasa lepas membuang tu hihi


Waktu lepas taraweh, ambil ESP sebelum tidur khas untuk menjaga kulit, maintain berat badan dan kesihatan sebab ESP ni all in one suppliment tau! Siapa yang taknak ambil banyak suppliment untuk kesihatan dan kecantikan silalah ambil ESP, memang akan jatuh cinta lepas tu tau!

Ok, ini je yang Mimi ambil time berpuasa haritu untuk slimming, lain- lain suppliment Shaklee untuk tujuan lain ada lah jugak.

And as a result, memang berpuas hati sebab dapat turun 4 kg dan nak tau, saudara tegur pakai baju raya tu tempah ke beli, bila jawab tempah dia tak percaya sebab macam baju pinjam, katanya kenapa besar bajunya, macam salah size? Senyum je... Memanglah iolls dah inchloss dan turun berat badan tau! Ish takde pulak gambar pakai baju yang ditegur tu sebab dah petang malas bergambar. Petang dah selekeh heehe... Gambar previous post tu pun time pagi.

Ok pada sesiapa yang berhajat nak turunkan berat badan secara sihat tu, bolehlah hubungi saya untuk dapatkan consultation ye, inshaAllah Mimi akan guide awak nanti ok?

till here Assalamualaikum and Happy National Day!

Fb: Syamimi Fatin
Whatsapp: 019-4135838
Instagram: @shaklee_bymimi


3 comments:

  1. Seronok kan bila berat turun :D

    Bila seronok berat badan turun.
    AMBIL CAKNA JIKA NAK KURUS

    ReplyDelete
  2. @iron lady
    yup memang best gila bila berat turun heheh...

    ReplyDelete
  3. tq for this sharing!!! yayac dari BW UZU ...BW sini....yayac dah follow sini....mohon follow blog & komen murni di entry yaya

    http://www.yayacendana.com/2015/09/kaio-studio-photographer-videographer.html

    tq.... :)

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI