HOME RESEPI CONTACT

Thursday, December 31, 2015

24 tahun

Alhamdulillah dipanjangkan umur oleh Allah untuk sampai ke umur 24 tahun. Tiada apa yang berubah, lagi meningkat umur kita, lagi dekat kita dengan kematian kan?

Terima kasih pada mama abah yang melahirkan dan membesarkan...Kalau takde mereka nih memang takdelah diri ni kat dunia. Nak ucap terima kasih satu- satu memang banyak sangat so, thanks for everything mama dan abah! Syukur Alhamdulillah atas segala yang Allah beri pada keluarga kita :)

So, untuk tahun ni, sambut birthday di rumah tok dengan budak kecik nih, kitorang panggil dia Umairah. Suka sangat nama tu, sedap kan? Kebetulan birthday kitorang sama tapi tahun tak samalah hihi... dia ni cucu kepada tok saudara. hari- hari datang main dengan kitorang dah macam rumah sendiri, Saiyangggg sangat lah kat budak nih haihh



Pada hari kejadian 29.12.2015, keluarga kitorang buat makan- makan sikit dan doa selamat. Masing- masing sumbang sikit makanan, mama buat laksam, kek coklat, maklang buat red velvet, saya buat puding triffle pastu makcik dengan maklang pun tolong, sedara lain buat bihun, lepat pisang, kuih, beli kek lagi, goreng kentang, nugget lepas tu apetah haha... haaa ada cikedis jugak untuk budak- budak tapi takde gambar pulak sebab tak sempat ambil. Gambar atas nih pun pinjam phone adik sebelum orang datang dan makanan siap hehe gambar orang lain tangkap malas nak mintak, hihi


Terima kasih untuk semua family yang buat makan- makan nih, yang datang, pastu jiran- jiran pun tq jugak ya. Terasa diriku tua disambut bersama dak kecik nih hehe, boleh tak nak jadi 2 tahun macam dia jugak? hehe


ok, till here... bye bye jumpa tahun depan korang ;)

p/s: makin tua rasa makin tak reti pulak nak menulis kat blog, apakah....

Thursday, December 17, 2015

Kisah churros, bihun sup chinese style dan tiramisu

Alkisah 2 minggu lepas teringin gila nak makan churros padahal tak pernah makan pun haha rasa pun tatau macam mana.

So, google lah resepinya. oh senang je! Tapiiii saya takde nozzle untuk buat bentuk churros. takpe no hal, gunakan kreativiti sendiri, masa ni lah sel- sel otak nak berhubung kan hahaha...

Jadi, guna tangan je, dah macam nak buat kuih je duk gentel bagi ada la sikit rupa churros

Walaupun malu, tapi nak letak jugak gambar churros rupa hodoh rasa sedap gila. ceh, sedaplah bagi tekak saya ni... buat coklat sekali baru ngammm makan bersama.




jangan gelak! mungkin the worst churros yang  awak tengok haha
tembam kan, macam orang yang buat nih tapi abah makannnn je maknanya sedap la tu ;)
Nak resepi? pergi google sana :P


yang nih pulak bihun sup chinese style.. iolls memang sukalah mee ke bihun ke spageti ke, my favourite! harituh google jumpa resepi yang kena guna ikan bilis tu, dah try tapi macam tak best je tataulah sebab memang tak reti ke apa, sekali kawan bagi resepi lain guna chichken cube pastu goreng bawang putih banyak letak dalam sup, barulaaaaa sedap, puas hati buat banyak kali hehe... orang lain pun kata sedap :)





memang suka letak segala tok nenek bebola, tauhu, fishcake haha... paling best tauhu lembut tu, dia macam meresap sup tu. oh ye, tak pastilah resepi ori dia macamana tapi buat rasa sedap kena dengan tekak ok lah tu :P

lagi kick rasa dia, buat sambal pedas warna hitam tu, tatau lah orang panggil apa yang bawang putih, kicap gula dan garam tu haa

anddd the next food is.... tiramisu!

kalau nak tau salah 1 kek favourite saya ialah tiramisu! tapi setakat nak beli sekeping tu tak puas rasanya... kadang tu kek macam kek span aje rasa macam kopi sikit lepas tu takde rasa cheese letak butter cream je, tak suka gitu.

Jadi buat lah sendiri biar kena dengan tekak, dan yang penting puas boleh makan banyak hehe





senang aje buat dia, lapis - lapis je, dapat 2 bekas besar and 1 bekas kecik tu bila guna 1 cream cheese tartura. kalau nak comel kan, letak dalam cawan tinggi yang kecik tu, alahai comel je tapi tak pernah lah buat lagi haha

itu sajaaaa sekian saja makanan yang kuidamkan and nak share. share cerita dengan gambar jelah :P



 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI