HOME RESEPI CONTACT

Wednesday, May 24, 2017

Resepi Tiramisu yang Mudah dan Sedap!


Assalamualaikum and hai!

Mimi rasa macam dah lama je tak share resepi kan? cewah padahal ada berapa je yang sempat share dalam blog nih. Biasa mimi share kat fb je kalau ada kawan- kawan yang pm minta resepi. So, senang kalau ada yang minta lagi, kita suruh je tengok kat fb, tapi masalahnya susah pulak nak cari bila tak buat album, jadi, mimi share kat blog je lebih mudah nak cari kan? :)

Tiramisu nih serius sangatlah simple mimi dah buat banyak kali, family memang suka selalu licin cepat je, siapa lambat habislah jawapan dia :P

Untuk resepi tiramisu nih, bahan dia pun simple je dan mudah nak cari. Bila buat sendiri boleh makan puas- puas sebab banyak dan of course lagi murah kan hehe... mimi dah try guna ladyfingers dengan chiffon cake tapi personally, mimi lagi suka guna ladyfingers sebabnya mudah nak sediakan dan rasa dia pun lembut bila dah siap tau.

Bahan- bahan untuk buat TIRAMISU sedap:




  • 250ml cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula
  • Air kopi/nescafe (bancuh dengan air sikit letak dalam mangkuk)
  • Serbuk coklat 
  • Chiffon cake/ biskut ladyfingers (boleh juga guna biskut marie)

Cara- cara buat tiramisu yang teramat mudah di abad ini:



First, mix cream cheese, whipping cream dan gula. Boleh guna mixer untuk kesenangan diri atau guna manual juga bisa! Guna speed rendah je dulu tau, agak- agak dah sebati tu baru kuatkan speed sampai dah pekat, kira dah okay la tu :)





Pekat macam ni dah okay la tu




untuk chiffon cake nih, boleh potong- potong jadi keping macam nih supaya senang nak guna nanti



Kek yang dah potong tadi tu celup dalam bancuhan kopi dan letak dalam bekas yang sesuai. kalau guna biskut ladyfingers pun sama tapi lagi mudah sebab tak perlu potong macam kek. Dan mimi pilih untuk letak dalam bekas yang bentuk petak, so senang nak susun. Letak bagi rapat okay, baru nanti nampak layer :)




Lepas tu, boleh sapu cream yang kita dah putar tadi, sapu sampai tutup kek/ladyfingers tu, nak lagi cantik boleh guna piping bag.



Tapis serbuk coklat atas krim tadi, buat nipis- nipis je.
Ulang step dari letak ladyfingers/kek yang dicelup dalam bancuhan kopi, letak krim dan serbuk coklat tu sampailah habis dan penuh bekas.



 Taraaaaa... dah siap! Senang kan nak buat tiramisu nih? Bolehla dapat banyak nih, boleh makan puas- puas. Letak dalam peti ais, makan sejuk- sejuk sambil tengok tv amboiiii sangat asyik dia hehe... Mimi buat comot sikit hehe tapi serius sedap nih, rugi kalau tak cuba tau (wah confident naaa)

Dapppp, dah cuba jangan lupa share kat mimi ya, harap dapat membantu sesiapa yang teringin nak buat homemade tiramisu :)

Tuesday, May 16, 2017

Le Boss Sungai Petani : #foodreview

Hai assalamualaikum, lamanya tak update blog kesayangan nih. inshaAllah lepas nih nak rajin- rajin update, doakan tau! hembus sikit biar rajin update selalu hehe

Kalau nak tau mimi suka try makan kat banyak tempat baru atau tempat yang orang kata best atau saja ternampak lepastu rasa nak cuba (cakap jela suka makan), tapi bila terfikir nak review dekat blog, memang hasrat tu terus lupa bila mana sampai je makanan terus lupa segalanya. Fokus makan jelah kan, hehe

okay, back to main topic, mimi nak review 1 restoran western kat Sungai Petani, rasanya orang Sungai Petani mesti dah familiar dengan tempat nih kan? Nama restorannya ialah Le Boss Cafe, yang mana mimi pernah makan 2 kali dah pun tapi baru nak buat review :)

Gambar depan restoran dengan menu lupa nak ambik, so boleh google je atau nak mudah, tengok kat Facebook Le Boss.

first time mimi masuk cafe nih rasa cozy je tau, dia ala- ala suram tapi macam - macam jenis lampu ada, so ala- ala romantik pun ada jugak. Dalam kedai nih ada banyak sangat hiasan sampai mimi sebenarnya tak pasti apa konsepnya, tapi yang pasti memang selesa sebab jarak antara meja pun jauh- jauh.

okay jom layan gambar dulu :)





  



nih Chicken Gordon Bleu yang mimi order masa first time datang, yang nih okay rasa dia tapi cannot go sebab besar sangat kot? haha



Yang nih tak ingat nama apa, tapi ala- ala Lemon Grill Chicken gitu, sedap! sos lemon dia just nice I like! Oh ya kita boleh pilih 3 side dish time ni sebab happy hour kalau tak silap, so mimi pilih macaroni cheese, coleslaw and salad. Suka sangat coleslaw and salad tu!




Ini pulak Lasagna kawan mimi, I think nih bukan main dish so tak boleh pilih side dish lah, ada salad saja.



Lagi 1, Chicken Chop yang mimi rasa okay rangup di luar dan kuah pun okay. Paling mimi suka, side dish kawan mimi pilih nih haaa, kentang putar. Sedap! Tak keterlaluan kalau nak kata kentang putar paling sedap mimi pernah makan hehe, lepas nih datang confirm nak pilih kentang putar as my side dish :)



                 

Disebabkan time tu happy hour, air dapat segedabak nih haaa, harga biasa tapi size Extra Large. Lagi besar dari saiz mukaku hehe, memang jenuh nak habiskan air nih.






Overall, bagi mimi best tempat nih untuk lepak lama- lama pun boleh, selesa dan sedap. Waiter pun okay je so far senyum dan layan je tanya apa pun. Portion makanan dia quite big lah untuk mimi, tapi kalau datang sini tak makan makanan berat lagi, okay je boleh habiskan makan slow- slow. Cuma nak datang selalu tuh memang taklah sebab harga boleh tahan jugak. sekali- sekala okay lah.


Le Boss Cafe nih sesuai untuk family dan gathering jugak, ada free wi-fi but no smoking okay?


Kalau nak pergi boleh ambil alamat nih, inshaAllah mudah je nak jumpa, dekat dengan Tesco Utara Sungai Petani ke Tesco Sungai Petani Utara? hehe


Alamat: 201 & 202 Jalan Lagenda Height, Lagenda Height, 08000 Sungai Petani

Apa yang pasti, balik je terusku telan Omega Guard dan Alfalfa Shaklee untuk pastikan lemak tidak diternak dengan jayanya hehe

Sekian dulu, nanti mimi share lagi okay

Assalamualaikum :)
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI