HOME RESEPI CONTACT

Wednesday, May 24, 2017

Resepi Tiramisu yang Mudah dan Sedap!


Assalamualaikum and hai!

Mimi rasa macam dah lama je tak share resepi kan? cewah padahal ada berapa je yang sempat share dalam blog nih. Biasa mimi share kat fb je kalau ada kawan- kawan yang pm minta resepi. So, senang kalau ada yang minta lagi, kita suruh je tengok kat fb, tapi masalahnya susah pulak nak cari bila tak buat album, jadi, mimi share kat blog je lebih mudah nak cari kan? :)

Tiramisu nih serius sangatlah simple mimi dah buat banyak kali, family memang suka selalu licin cepat je, siapa lambat habislah jawapan dia :P

Untuk resepi tiramisu nih, bahan dia pun simple je dan mudah nak cari. Bila buat sendiri boleh makan puas- puas sebab banyak dan of course lagi murah kan hehe... mimi dah try guna ladyfingers dengan chiffon cake tapi personally, mimi lagi suka guna ladyfingers sebabnya mudah nak sediakan dan rasa dia pun lembut bila dah siap tau.

Bahan- bahan untuk buat TIRAMISU sedap:




  • 250ml cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1/2 cawan gula
  • Air kopi/nescafe (bancuh dengan air sikit letak dalam mangkuk)
  • Serbuk coklat 
  • Chiffon cake/ biskut ladyfingers (boleh juga guna biskut marie)

Cara- cara buat tiramisu yang teramat mudah di abad ini:



First, mix cream cheese, whipping cream dan gula. Boleh guna mixer untuk kesenangan diri atau guna manual juga bisa! Guna speed rendah je dulu tau, agak- agak dah sebati tu baru kuatkan speed sampai dah pekat, kira dah okay la tu :)





Pekat macam ni dah okay la tu




untuk chiffon cake nih, boleh potong- potong jadi keping macam nih supaya senang nak guna nanti



Kek yang dah potong tadi tu celup dalam bancuhan kopi dan letak dalam bekas yang sesuai. kalau guna biskut ladyfingers pun sama tapi lagi mudah sebab tak perlu potong macam kek. Dan mimi pilih untuk letak dalam bekas yang bentuk petak, so senang nak susun. Letak bagi rapat okay, baru nanti nampak layer :)




Lepas tu, boleh sapu cream yang kita dah putar tadi, sapu sampai tutup kek/ladyfingers tu, nak lagi cantik boleh guna piping bag.



Tapis serbuk coklat atas krim tadi, buat nipis- nipis je.
Ulang step dari letak ladyfingers/kek yang dicelup dalam bancuhan kopi, letak krim dan serbuk coklat tu sampailah habis dan penuh bekas.



 Taraaaaa... dah siap! Senang kan nak buat tiramisu nih? Bolehla dapat banyak nih, boleh makan puas- puas. Letak dalam peti ais, makan sejuk- sejuk sambil tengok tv amboiiii sangat asyik dia hehe... Mimi buat comot sikit hehe tapi serius sedap nih, rugi kalau tak cuba tau (wah confident naaa)

Dapppp, dah cuba jangan lupa share kat mimi ya, harap dapat membantu sesiapa yang teringin nak buat homemade tiramisu :)

12 comments:

  1. uish terus rasa nak buat esk haha kalau rajin lah 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa sila- sila buat, simple je hehe :)

      Delete
  2. sedap dan mudah tiramisu ni kan. makan masa dia sejuk2 perghhh sedappp

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  3. Wahh pakai chiffon cake..best ni..nak kena try ni..thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. Yummm,tiramisu. Suka beli kay luar,tak pernah pula try buat kat rumah. Hujung minggu ni boleh cuba" buat

    ReplyDelete
  5. Feveret CCL ni . Tiramisu ..suka buat sendiri bolwh makan banyak2

    ReplyDelete
  6. nampak menarik juga resipi ni. nanti nak cuba buat dengan adiklah hehe

    ReplyDelete
  7. Dapnya Tiramisu ni tak pernah nak buat sebab kita tak pandai nak buat dessert orang putih macam ni heheh tapi dah ada resipi mudah ini In Sha Allah boleh cuba kan tak salah..

    ReplyDelete
  8. Senang kan buat tiramisu ni..suka juga buat dulu n nnt nak buat la juga..teringin lak..hihi

    ReplyDelete
  9. Ehhh banyak idea untuk ESP. Hahaha. Ruby minum ESP sebagai milk booster. Bagus sangat. hehehe

    ReplyDelete
  10. Sedap dan senan buat tiramisu ni..
    Saya pernah cuba buat tiramisu guna milo dan biskut marie
    Lepas ni, saya mahu cuba buat guna chiffon cake. tq share

    ReplyDelete

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI